PRA SK SUNGAI SIREH 03-32691813

15/09/14

Cerita Pendek dari Cikgu Norliza Bt A.Rauf

Cerita pendek



Cerita pendek ini dari Cikgu Cikgu Norliza Bt A.Rauf di blog beliau http://prasekolahliza.blogspot.com.Izinkan saya memanjangkan hasil bahan Cikgu Norliza untuk sama sama digunakan oleh rakan rakan blog saya dan saya sendiri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Cikgu Norliza.Aamiin..

12/09/14

~ Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan ~

Aktiviti Bagi Prasekolah SKSS

1) Pertandingan Pakaian Beragam
2) Pertandingan Mewarna

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2014 pada 12 Sept 2014 bertempat di tapak perhimpunan SK Sungai Sireh.












Tahniah kepada para pemenang.Tidak ketinggalan juga pada yang tidak menang, yang penting semangat merdeka pada diri kalian tetap membara hingga akhirnya.



7/09/14

Pemilihan Peserta Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014

Tarikh: 20 Ogos 2014
Tempat: PKG Kuala Selangor
Masa: 8.30 pagi

Pertandingan Bijak Prasekolah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Prasekolah SK Sungai Sireh telah menghantar seorang wakil iaitu adik Nurul Dhaniyah Binti Sharul bagi kategori Bahasa Malaysia dalam Pertandingan Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014.Sebanyak 40 buah prasekolah telah menghantar wakil bagi kategori Bahasa Malaysia.
Kategori Bahasa Malaysia telah dimenangi oleh Prasekolah SJKC Ijok.Manakala Kategori Bahasa Inggeris telah dimenangi oleh Prasekolah SK Sungai Terap. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga mereka berjaya di peringkat negeri kelak.Prasekolah Daerah Kuala Selangor Boleh!;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...