PRA SK SUNGAI SIREH 03-32691813

15/09/14

Cerita Pendek dari Cikgu Norliza Bt A.Rauf

Cerita pendek



Cerita pendek ini dari Cikgu Cikgu Norliza Bt A.Rauf di blog beliau http://prasekolahliza.blogspot.com.Izinkan saya memanjangkan hasil bahan Cikgu Norliza untuk sama sama digunakan oleh rakan rakan blog saya dan saya sendiri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Cikgu Norliza.Aamiin..

12/09/14

~ Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan ~

Aktiviti Bagi Prasekolah SKSS

1) Pertandingan Pakaian Beragam
2) Pertandingan Mewarna

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2014 pada 12 Sept 2014 bertempat di tapak perhimpunan SK Sungai Sireh.












Tahniah kepada para pemenang.Tidak ketinggalan juga pada yang tidak menang, yang penting semangat merdeka pada diri kalian tetap membara hingga akhirnya.



7/09/14

Pemilihan Peserta Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014

Tarikh: 20 Ogos 2014
Tempat: PKG Kuala Selangor
Masa: 8.30 pagi

Pertandingan Bijak Prasekolah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Prasekolah SK Sungai Sireh telah menghantar seorang wakil iaitu adik Nurul Dhaniyah Binti Sharul bagi kategori Bahasa Malaysia dalam Pertandingan Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014.Sebanyak 40 buah prasekolah telah menghantar wakil bagi kategori Bahasa Malaysia.
Kategori Bahasa Malaysia telah dimenangi oleh Prasekolah SJKC Ijok.Manakala Kategori Bahasa Inggeris telah dimenangi oleh Prasekolah SK Sungai Terap. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga mereka berjaya di peringkat negeri kelak.Prasekolah Daerah Kuala Selangor Boleh!;-)

6/04/14

Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014


Tarikh : 4 April 2014
Tempat : Stadium Kuala Selangor
Masa : 8.30 pagi
Penyertaan :
01.Muhamad Nurfitri Bin Muhamad Joha
02.Mohammad Adli Akmal Bin Suhaimi
03.Anis Syahirah Binti Zakaria
04.Nurul Huda Binti Rohani
Guru :
01.Pn.Nurul Ain Binti Sulaiman
02.Pn.Siti Saniah Binti Suratin
Pencapaian : Dua peserta perempuan berjaya untuk menjalani latihan pusat untuk mewakili daerah Kuala Selangor.






Tahniah diucapkan kepada anak-anak prasekolah sk sg.sireh...;-) semoga kecemerlangan di dunia dan di akhirat milik kalian.Amin....

14/03/14

Air dan jerebu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang ni musim panas...hujan tak turun...hampir kering air kat parit.catuan air dah bermula.Alhamdulillah setakat ni ada lagi bekalan air di sekolah..Jerebu juga turut memenuhi ruang udara kita.Dalam minggu ini sahaja, ada beberapa orang murid pra yang tidak hadir kerana kurang sihat. Mungkin ini juga disebabkan faktor cuaca yang panas dan berjerebu.Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri dan orang yang kita sayang.
Semoga Allah permudahkan urusan semua hambaNya dalam mengharungi keadaan ini. Diberikan banyak kesabaran dan tabah mengharungi ujian ini.Oleh itu, marilah bermuhasabah diri , mungkin ada kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari.Mari kita bersama-sama berdoa memohon keampunanNya dan semoga diturunkan hujan. Amin.....

15/01/14

Maulidur Rasul



Selamat Maulidur Rasul kepada semua umat islam dimana jua berada.Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tanda ingatan kita kepada Baginda.Berusahalah untuk mencontohinya dalam kehidupan seharian.Sekiranya tidak mampu untuk mencontohi kesemuanya, contohilah semampunya beserta istiqamah. Peringatan buat diri ini, insan kerdil yang berjuang setiap hari untuk berjaya dunia akhirat..in sha Allah.. Astaghfirullah..Subhanallah..Alhamdulillah ..Allahu Akbar..Daripada Nya kita datang, kepada Nya jua kita akan kembali...

4/01/14

Selamat Tahun Baru..;-)


Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua warga prasekolah sk sungai sireh dan rakan-rakan blog.Walaupun kita baru beberapa hari memasuki tahun baru Masihi namun kita telah beberapa bulan dalam Tahun Hijrah.Ada yang berniat untuk menunaikan azam baru dan ada juga yang cuba memperbaiki azam yang lalu...Alhamdulillah tahun ini pra sk sungai sireh menerima 50 anak murid prasekolah.Semoga mereka dapat menimba ilmu yang diajar.;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...