PRA SK SUNGAI SIREH 03-32691813

18/09/16

Wajah-wajah anak didik Tahun 2016

Alhamdulillah..Bilangan anak didikku cukup 25 orang tahun ini.Murid perempuan 11 orang dan murid lelaki 14 orang. Murid 6 tahun seramai 17 orang dan murid 5 tahun seramai 8 orang. ;-)




Cikgu doakan kalian berjaya menjadi seorang insan yang baik akhlaknya dan cemerlang dunia akhirat.Aamiin

9/09/16

Setahun berlalu..;-)

Assalamualaikum


Setahun berlalu, kini muncul kembali pada tarikh dan bulan yang sama. Cuma tahun yang berlainan.;-)
Lama juga tidak mencoret dan memaparkan aktiviti bersama anak-anak prasekolahku tahun 2016.
Ini langkah pertama tahun 2016. Cikgu Siti mengucapkan selamat bercuti Pertengahan Penggal buat semua warga pendidik dan khas buat semua anak prasekolah Cikgu Siti :->

*Kredit untuk Kak Nik Mahzon untuk gambar di atas*

9/09/15

Selamat Berjaya

Selamat berjaya Cikgu Siti ucapkan buat semua anak didik cikgu. Jawab soalan dengan tenang. Semoga kejayaan milik kalian.Aamiin..

30/06/15

Taklimat Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan SKPK Prasekolah Daerah Kuala Selangor 2015

Tarikh : 24 Jun 2015 (Rabu )
Masa: 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Inspens, Kuala Selangor

Apa itu SKPK? Tertera seperti tajuk di atas..;-)
Mengandungi lima aspek kualiti melalui tiga pentaksiran.
5 aspek / kualiti:
1.Kualiti Guru/ Pembantu
2.Tadbir Urus
3.Kurikulum
4.Interaksi dengan ibubapa
5.Kesihatan

Ujilari SKPK hingga hari ini 30 JUN 2015.
Esok 1 Julai bermula pengisian maklumat sebenar.;-)







2/06/15

Sambutan Hari Guru 2015


Tarikh keramat 16 Mei buat semua guru.Walaupun agak lewat untuk saya "update" di blog ini, saya tetap ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu buat semua guru yang mengajar saya.;-). Saya mendoakan kalian agar hidup sejahtera dan bahgia dunia akhirat.Aamiin.
Tahun ini sambutan hari guru di sekolah saya bertemakan " Back To School".Walaupun pada mulanya ramai yang agak sukar untuk mencari pakaian sekolah , namun akhirnya hampir semua rakan sejawatan berjaya memakai pakaian sekolah termasuk diri saya.;-)






4/01/15

Tahun baru 2015





Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan blog dan pembaca blog saya.
Walaupun sudah empat hari memasuki tahun baru 2015, tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015/1436H.
Saya mendoakan agar kita semua semakin bertambah amal dan iman, mantap ketakwaan kita dan semaikan sikap tawaduk dalam diri.
Buatlah yang terbaik untuk setiap hari dan katakan pada diri bahawa ujian yang datang itu adalah cabaran dari Allah buat kita.
FIKIR YANG BAIK, BUAT YANG BAIK dan IN SHAA ALLAH DAPAT YANG BAIK.Aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...