PRA SK SUNGAI SIREH 03-32691813

12/02/13

Free bbm 2013

~ cupcake and balloon ABC ~

Terimalah bbm yang simple dari saya.Semoga ia bermanfaat untuk semua.:-) Kalau sudi, boleh tinggalkan ulasan di bahagian bawah....

 




















Sambutan Maulidur Rasul 2013

Tarikh  : 1 Februari 2013
Hari     :  Jumaat

Selamat ulangtahun kelahiran buat Nabi Muhammad SAW. Sambutan dilakukan setiap tahun.Semoga ia menjadi titik permulaan untuk anak-anak muridku mengenal apa itu Sambutan Maulidur Rasul.Semoga ia juga mengetuk pintu iman kita termasuk diri ini yang bukan sahaja menjadi guru tetapi pendidik.Aminnnnn
             Pada tahun ini ada pembaharuan yang dilakukan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Sireh iaitu laluan perarakan melalui kawasan kubur.Semoga ia dapat mengingatkan kita yang mati itu pasti.Setelah dua tahun berturut-turut Prasekolah 2 memenangi pertandingan perarakan, tahun ini ia telah dimenangi oleh Prasekolah 1 pula. Tahniah....

Taklimat perarakan Maulidur Rasul oleh Ustaz Sharkawi.

Sebelum perarakan bermula



Cikgu -cikgu praktikum ;
 cik Siti Hawa dan Cik Noratiqah Syahirah

Selawat anak-anak murid..:-)

Ppm prasekolah 2 Kak Inas...

Melalui kawasan kubur...






1/02/13

Selamat Tahun Baru..:-)






Berganti tahun...2012 kepada 2013....alhamdulillah tahun ni pendaftaran murid prasekolah berjalan lancar.Taklimat dijalankan di kantin sekolah SK Sungai Sireh.Tahun ini permohonan melebihi angka 50...jadi setelah diteliti dan mengikut kuota prasekolah..hanya 50 sahaja yang berjaya terpilih menyertai prasekolah SK Sungai Sireh. Prasekolah 1 dibawah bimbingan Cikgu Nurul Ain,13 murid lelaki dan 12 murid perempuan.Manakala kelasku, (Cikgu Siti Saniah) :-) 11 murid lelaki dan 14 murid perempuan. Kelas Pra 1 dan 2 masing-masing ada sepasang kembar lelaki.Semoga kalian dipermudahkan untuk menerima ilmu dan dipermudahkan juga urusan guru untuk mengajar kalian.Aminnnn......:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...