PRA SK SUNGAI SIREH 03-32691813

14/03/14

Air dan jerebu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang ni musim panas...hujan tak turun...hampir kering air kat parit.catuan air dah bermula.Alhamdulillah setakat ni ada lagi bekalan air di sekolah..Jerebu juga turut memenuhi ruang udara kita.Dalam minggu ini sahaja, ada beberapa orang murid pra yang tidak hadir kerana kurang sihat. Mungkin ini juga disebabkan faktor cuaca yang panas dan berjerebu.Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri dan orang yang kita sayang.
Semoga Allah permudahkan urusan semua hambaNya dalam mengharungi keadaan ini. Diberikan banyak kesabaran dan tabah mengharungi ujian ini.Oleh itu, marilah bermuhasabah diri , mungkin ada kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari.Mari kita bersama-sama berdoa memohon keampunanNya dan semoga diturunkan hujan. Amin.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...